//Simple is better

Assalamualaikum
salam sejahtera


Welcome to my . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here :)
Status : YOUR STATUS HERE


Tagboard
Footprints here!


cbox code here

Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: MILA

TIPS REBUS JAGUNG SEDAP DAN MANIS
Asallamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,,,

H
ari nie kita bercerita tentang si manis2 sodap pulak... JAGUNG! siapa tak suka makan jagung tu alahai rugi sangat la korang... rezeki beb,,rezeki!haha ,,,oklah sudah2 lah merepek....

JAGUNG REBUS bunyik nya macam tak sedap kan?haa,, mari dekat dekat... jangan rapat rapat...
sebenarnya jagung rebus ni mudah sahaja nak buat,ambik kuali mak kat dapur tu ,masukkan air ..korang nak letak banyak mana pun air,, itu terpulang kepada yang punya jagung... kalau saya... saya letak air tu kena la lebih sikit dari isi jagung agar masak nanti rata...(semua masak,xdela yang masih mentah nanti kehkeh)sebelum rebus pastikan jagung korang dah dibuang misai ,janggut nya semua.. tapi kepada yang mengalami masalah air kencing kotor,janggut2 jangung tu elok untuk korang...ianya sangat baik untuk urination,begitu juga yang ada masalah dengan tekanan darah tinggi dan kencing manis..ok itu bab janggut dah abes.Semasa merebus jagung,, sekiranya korang nak tambah garam dan gula,tunggu sehngga jagung korang masak dulu barulah masukkan gula dan garam..ini sekiranya korang nak kencing manis boleh la tambah gula tu banyak2,tuang habes pun tak pa,tapi saya tak nak bertanggungjawab hehe.. kalau tak letak gula pun tak ape,lagi sedap.. sebab semua jagung memang dah manis alami... hanya letak sedikit garam sahaja dah cukup... selepas masukkan garam@gula,biarkan mendidih 2 minit cukup,kalau rebus lama sangat berkedut jadinya jagung korang ,tak cantik lagi uhuhuu,padamkan api,biarkan selama 5 minit lalu angkat dan tapiskan.Sementara menunggu jagung korang sejuk,sediakan margerin dan susu manis secukupnya..asingkan isi jagung dari batang nya ,, kemudian masukkan sedikit margerin dan susu kedalam isi jagung tadi..siap,ni sekiranya korang rajin je...  huuuuh!sodap hinga menjilat mangkuk ..kalau tak nak campur dengan margerin dan susu pun tak ape.. gigitlah batang jagung tu sampai botak yerrr :) saya pon malas juga nak buat gitu hihi sedap lagi kalau tak campur ape2... 

SELAMAT MENCUBA ~~


MESTI KORANG NAK TENGOK SI JAGUNG MANIS AKU KAN..?? HEHE


INILAH HASIL REBUSAN JAGUNGKU PETANG INI....













Label: , ,


APA ITU BEDAK SEJUK TANAKA ??
ASALLAMUALAIKUM... hari ini saya terlebih rajin nak buat blog pasal TANAKA :) 
ok,sekarang mari kita berkenalan dengan TANAKA dulu hihi... TANAKA ini sebenarnya sejenis kayu... rupa dia sebiji macam kayu kat depan umah kita tu.. hehe ..kayu bukan sembarangan kayu tau.kayu nie la yang bagi banyak manfaat kepada wanita wanita di luar sana untuk menyelesaikan masalah kulit wajah mereka.Sebenarnya bukan setakat wanita sahaja yang boleh menggunakan bedak sejuk TANAKA ,tidak kira kaum adam,hawa termasuk kanak kanak semua pun boleh@digalakkan :)

OK JOM KITA MEMPERLIHATKAN RUPA KAYU TANAKA KEPADA SEMUA :)


INILAH DIA KAYU TANAKA YANG DIMAKSUDKAN.... KENAL TAK? HIHIHI,,,

Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Satu ketika dulu kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit.

Dinegara seperti  Filipina, Bangladesh dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka. Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu inilah yang mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensitif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya tanpa was-was. Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.

Kayu Tanaka ini, diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan. Tetapi ianya nampak seperti kita memakai bedak sejuk. Boleh diratakan ke muka dengan menggosoknya sehingga rata seperti kita memakai bedak. Ia Baik utk orang yang berjerawat dgn sapuan tebal di muka pada waktu malam seperti memakai MASKER.Ianya dapat mengecutkan jerawat dengan cepat.Tanaka memberi kesan sejuk kepada kulit muka setelah kita memakainya.

APAKAH FUNGSI BEDAK SEJUK TANAKA ?
1) Melembutkan dan mencerahkan kulit muka. .
2) Melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik.
3) Menyejukan kulit
4) Menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.
5) Merawat Jerawat
6) Menghaluskan kulit
7) Mencerahkan kulit Memudarkan parut jerawat
9) Sesuai untuk kulit sensitif, normal, kombinasi


BAGAIMANA CARA MENGUNAKKAN BEDAK SEJUK TANAKA ?
1. Bedaknya padat spt tanah liat ,ambil sedikit shj
2. Tambahkan air sedikit dia tidak cair sgt (kira2 melekat kt muka)
3. Sapu dan ratakan pada seluruh wajah seperti masker
4. Boleh disapukan pada belakang yg berjerawat.




















Label: ,